Connect with us

Borak Viral

Bakso Direbus Dengan Plastik Mee Segera, Pakar Bagi Amaran Boleh Penyebab Kanser

Siapa je yang tak pernah makan bakso? Bakso yang sememangnya makanan popular Indonesia turut menjadi pilihan rakyat Malaysia. Lagi-lagi bebola daging yang memang lazat dan sedap!

Namun kini di Indonesia, sebuah video menjadi tular dimana seorang tukang masak merebus mee segera bersama dengan bungkusan plastiknya.

Video tersebut tidak berkongsi dimana lokasi kedai itu namun difahamkan mee segera yang digunakan oleh tukang masak itu adalah berjenama Mi Sedaap.

Berikutan tular video tersebut, pakar makanan yang telah menonton video berkenaan memberi peringatan kepada masyarakat yang ingin menjamah makanan itu.

Menurut pakar kimia di Institusi Sains Indonesia, Andrea berkata, pembungkusan mee segera tersebut mengandungi plastik dan dakwat. Jika ia dimasukkan ke dalam rebusan air panas, pelbagai bahan kimia akan bercampur bersama sup berkenaan.

“Pertama sekali, ia mengandungi karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) dan bahan kimia tersebut boleh menyerang salah satu sistem endokrin (sistem pencernaan) dan menyebabkan penyakit seperti kanser tiroid,” katanya.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Sebelum mencuba makanan jalanan, pastikan semua penjual mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. Tapi bukan sahaja bakso di Indonesia, namun di serata tempat juga.

Sumber :  COCONUTS JAKARTA

Continue Reading
Advertisement

Trending