Connect with us

Infozon

Bakal Timang Anak Sulung, Isteri Kru Kapal Selam Rayu Doa Buat Suami

Insiden kehilangan kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia (TNI) yang membawa 53 kru sejak Rabu lalu sememangnya menghadirkan khabar duka buat ahli keluarga dan seluruh rakyat negara tersebut.

Pada laporan sebelum ini, pihak TNI telah meletakkan status ‘submissed’ kepada kapal selam berkenaan dan telah menukarnya  kepada status ‘subsun’k iaitu tenggelam pada kedalaman 850 meter selepas dapat mengesan keberadaan kapal terbabit.

Selain daripada laporan rasmi pihak TNI mengenai tragedi itu dan misi mencari dijalankan, perkongsian salah seorang isteri kepada kru yang berada di dalam kapal selam berkenaan di aplikasi TikTok juga mengundang sebak.

Menerusi hantaran video milik @mitasofia_k, dia meminta bantuan warganet mendoakan suaminya dan semua kru yang berada di dalam kapal tersebut agar berada dalam keadaan selamat.

https://www.tiktok.com/@mitasofia_k/video/6954126944216599809?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam video itu lagi, dia juga menyertakan beberapa gambar suaminya dan gambar mereka berdua disamping memperlihatkan kondisi diri yang sedang hamil menanti kepulangan suami tersayang.

Menerusi media sosial @mitasofia_k juga, dapat dilihat bahawa dia dan Eki Setiawan baru sahaja menikah pada hujung tahun lalu dan sedang menanti detik kelahiran anak pertama mereka.

Namun, impian tersebut seakan semakin kabur apabila setakat ini usaha membawa naik kapal selam yang berada 850 meter di perairan Bali amat sukar dilakukan.

Semoga ada keajaiban dan bantuan daripada Maha Pencipta untuk KRI Naggala 402.

Sumber: @mitasofia_k

Continue Reading
Advertisement

Trending