WOW
Bakal Suami Kantoi Dah Ada Isteri, Gadis Cantik Batal Nikah Dengan Ustaz

Hampir mendirikan rumah tangga dengan suami orang, seorang gadis di Indonesia ini menjadi tular di media sosial apabila berkongsi kisah pahitnya yang membatalkan pernikahan dengan seorang ustaz pada saat-saat akhir.
Menurut laporan Suara.Com, kisah tersebut dikongsi menerusi video di aplikasi TikTok @milkiyahamira yang meluahkan rasa tertipu selepas mengetahui bakal suaminya itu sudah mempunyai seorang isteri.
“Pernah dilamar oleh seorang ystaz yang sangat tampan dari Batam, kami telah menetapkan tarikh dan tempat pernikahan iaitu di kota suci Mekah. Tapi tinggal tiga bulan sebelum majlis, saya membatalkan hasrat berkenaan,” katanya.
Meskipun ustaz itu merayu sehingga sanggup berlutut di kakinya, gadis tersebut tetap dengan pendirian untuk tidak meneruskan pernikahan apatah lagi tidak gemar untuk menjadi perampas suami orang.
“Dia menangis sampai dan merayu-rayu mahu mencium kaki supaya tidak membatalkan majlis, sebaliknya saya kembalikan semua hadiah dan barangan daripada dia. Malah dia tidak mahu beredar meminta agar tidak memutuskan hubungan.
“Saya rasa tertipu. Dia kata sudah berpisah dengan isteri tetapi sebenarnya masih belum bercerai. Saya bukanlah wanita yang suka dengan suami orang,” ujarnya.
Posting berkenaan dipenuhi komen warganet yang memuji tindakan bijak gadis itu untuk tidak bermadu selain menyatakan dia layak memilih jodoh lebih baik berbanding suami orang.
“Alhamdulillah, Allah masih menyayangi. Dapat tahu perkara sebenar sebelum bernikah,” tulis seorang warganet.
“Awak cantik dan solehah, layak dapat jodoh terbaik tanpa perlu merebut,” tulis seorang lagi warganet.
“Luar biasa! Tak perlu menyakitkan hati antara kaum hawa. Tindakan yang tepat,” tulis seorang warganet lain.
Bagaimanapun, tinjauan di akaun TikTok itu mendapati video tersebut sudah dipadam kerana dia mengakui tiada niat untuk mengundang kontroversi sebaliknya hanya berkongsi sebagai pengajaran.
@milkiyahamira
Sumber: Suara.com , TikTok @milkiyahamira

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit