Connect with us

WTF

Mimpi Macam ‘Real’, Bakal Pengantin Tak Sengaja Tertelan Cincin Pertunangan

Bagi sesetengah orang, cincin yang tersemat dijari sudah semestinnya mempunyai maksudnya yang tersendiri. Kadang-kadang, ia boleh dijadikan sebagai satu simbolik sama ada untuk percintaan, kekayaan, fesyen ataupun hanyalah hobi.

Namun, kebiasaan orang jadikan cincin sebagai satu pengikat ataupun petanda dirinya sudah memiliki. Jenna Evans begitu teruja apabila dilamar oleh Bobby Howell dan sekaligus mereka telah mengikat tali pertunangan.

Sebuah posting telah ditulis oleh Jenna di Facebook, yang menceritakan kronologi “misteri” kehilangan cincin pertunangannya.

Tiba-tiba cincin hilang…

Jenna Evans menjelaskan dia menyedari ketiadaan cincinnya itu sejurus bangun dari tidur. Dengan perasaan yang sangat cemas, dia telah mengejut tunangnya Bobby dan memberitahu mengenai kehilangan cincin tersebut.

Ingat hanya sekadar mimpi!

Jenna kemudiannya berfikir sejenak dan memberitahu Bobby bahawa kemungkinaan dia sendiri yang menelan cincin itu.  Menurutnya lagi, semasa tidur dia telah menelan cincin tersebut dalam mimpinya. Pada mulanya, mereka mendapati kejadian tersebut sangat kelakar dan ketawa mengenainya selama berjam-jam.

Pergi jumpa doktor untuk check!

Seteah itu, mereka berdua telah pergi ke hospital untuk melakukan ujian x-ray. Keputusan dari x-ray tersebut mendapati bahawa sememangnya Jenna telah menelan cincin berlian 24 k tersebut dan berada didalam perutnya.

 

Dari gelak tawa bertukar tangisan…

Disebabkan perasaan gemuruh yang kuat, Jenna telah menangis kerana ketakutan dan merasakan dirinya akan mati. Doktor mencadangkan, untuk melaksanakan upper endoscopy untuk keluarkan cincin tersebut.

Cincin berjaya dikeluarkan!

Mujurlah, pembedahan dan proses pengeluaran cincin dari perut Jenna berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi. Beberapa hari kemudian, cincin tersebut telah kembali disarung semula oleh Bobby pada jari manis Jenna.

 

Kalau boleh, lepas ni elakkan dan lebih berhati-hati supaya tidak berlakunya perkara seperti ini. Agar lebih senang dan selamat, sila cabut dan simpan cincin di tempat yang selamat sebelum masuk tidur.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending