Infozon
Bakal Bergelar Bapa Di Usia 19 Tahun, Tegar Teruja Dapat Tahu Isteri Sedang Hamil

Berkat bulan Ramadan, baru-baru ini penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Tegar Septian, memberitahu bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Berita gembira itu diumumkan menerusi laman Instagram penyanyi tersebut, dengan memuat naik foto dirinya memegang alat ujian kehamilan berserta kapsyen memaklumkan isterinya kini sedang hamil.
Tegar bakal bergelar ayah
Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai kehamilan isterinya dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga.
https://www.instagram.com/p/B_z2iw9lxyM/
Teruja mahu timang cahaya mata
Malah, menerusi Instagram isteri Tegar, Sarah Sheilka, sempat memuat naik video berkongsi momen bahagia saat mendapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata.
Selamat menjadi ayah
Di ruangan komen, para pengikutnya di IG tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah di atas berita kehamilan itu.
Tegar, 19, yang dahulunya tular kerana berjaya mengubah hidupnya yang miskin dengan bakat nyanyian, telah menikahi Sarah Sheilka, 23, pada 20 Mac lalu.
Sumber : Tegar Septian & Sarah Sheilka

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit