Connect with us

Inspirasi

Bait2 Pujangga Mula Jadi Siulan, Ikonik RTM ‘Pak Ngah’ Dalam Kenangan

Hari ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang penyampai berita terkenal dan juga merupakan suara emas kepada RTM, allahyarham Farit Ismeth Amir. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Menurut Astro Awani, berita tentang pemergian pengacara itu turut disahkan anaknya sendiri Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

Kata-kata pujangga mula jadi bualan…

Allahyarham sememangnya terkenal dengan penciptaan kata-kata dan juga frasa popular. Pemergian beliau sudah tentunya meninggalkan kesan, namun kata-kata hikmatnya tetap menjadi ingat rakyat Malaysia.

Beberapa buah video beliau mengungkapkan kata-kata hikmat,  juga turut dimuat naik sebagai tatapan dan penghargaan terhadap pemergiannya mula jadi bualan ramai di media sosial.

“Fikir-fikirkanlah…”

“Gaya, mutu dan keunggulan”

Suara yang sentiasa dinanti-nanti rakyat Malaysia

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Pak Ngah dalam kalangan kakitangan RTM, merupakan insan yang penting dan sudah tentunya beliau akan dirindui.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga dan kenalan yang terdekat.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending