Connect with us

Inspirasi

Bahang Panas Mendakap Tubuh, Anggota Bomba Kongsi Jerih Payah Tugas Padam Kebakaran Hutan

Berhadapan dengan kemalangan dan mara bahaya itu sudah sebati dalam hidup para anggota bomba dan keselamatan. Tugas mereka memerlukan mental dan fizikal yang kuat.

Namun, masih ramai lagi dalam kalangan kita tidak mengetahui apa yang sebenarnya diharungi oleh para anggota bomba. Berikutan itu, seorang anggota bomba menerusi Facebook dengan nama akaun Nasi Kerabu Abe Mat telah berkongsi jerih perih pekerjaannya.

Ikuti luahan yang dikongsi oleh seorang anggota bomba, memaparkan bagaimana para anggota menjalankan tugas mereka dan risiko yang harus mereka hadapi.

Kami bukanlah bermandi atau berhibur

Beberapa hari lalu telah berlaku kebakaran hutan, dan beberapa anggota bomba termasuk pengguna Facebook tersebut telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

Jika dilihat pada gambar yang pertama, seakan-akan mereka sedang bermandi menggunakan kolam bomba. Walhal, mereka terpaksa mandi bagi mengurangkan kepanasan disebabkan oleh bahang panas ekoran daripada kebakaran tersebut.

Di sini kami berjuang menentang kebakaran

Terpaksa berhadapan dengan tahap udara jerebu yang merbahaya, tidak menjadi penghalang buat kesemua anggota untuk terus komited menjalankan tugas bagi keselamatan orang ramai.

Sungguh besar dan bernilai jasa mereka, pengorbanan seorang anggota bomba dan penyelamat dalam menjalankan tugas, seharusnya pekerjaan seperti ini harus dipandang tinggi oleh masyarakat.

Sumber : Nasi Kerabu Abe Mat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending