Infozon
Perkongsian Babak ‘Training’ Tatacara Balut Jenazah COVID-19 Cetus Insaf

Sehingga hari ini, negara Malaysia telah mencatatkan sebanyak 14 kematian yang meibatkan virus COVID-19 ini, manakala 1518 kes telah disahkan menjangkiti wabak berkenaan. Sudah tentunya, pertambahan jumlah kematian dan juga bilangan kes jangkitan ini menggusarkan orang ramai saban hari.
Sebelum ini, orang ramai telah didedahkan dengan fakta yang mengatakan bahawa, pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 ini, jenazahnya akan diuruskan persis seperti pesakit jangkitan Ebola. Malah, pengebumian jenazah ini tidak akan dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat dan diuruskan oleh pihak perubatan sepenuhnya.
Di Twitter, seorang gadis terlah berkongsikan tatacara ataupun latihan cara-cara untuk menguruskan jenazah yang terkena jangkitan COVID-19 ini. Latihan tatacara pengurusan jenazah ini telah dihadiri oleh sekumpulan staf perubatan sudah tentunya meninggalkan perasaan gerun terhadap jiwa netizen.
Perbezaan yang ketara yang dapat dilihat dalam cara pengurusan jenazah yang dijangkiti wabak COVID-19 ini adalah, jenazah akan dibalut terlebih dahulu dengan menggunakan plastik yang jernih sebelum dikapankan.
Kemudian setelah dikapankan, jenazah akan dibawa masuk kedalam body bag yang berwarna putih sebelum dibawa ke tapak perkuburan dan dikebumikan. Untuk maklumat, body bag berkenaan tidak akan disentuh dan buka sejurus sahaja jenazah dibawa masuk ke dalam.
Sumber: Twitter.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit