Connect with us

WOW

Bacaan IPU Sarawak Tinggi, Ikonik ‘Kuching’ Mula Pakai Topeng

Keadaan jerebu semakin berterusan sehingga mencecah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak. Oleh itu, kerajaan negeri telah mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan supaya terus berhati-hati dengan keadaan cuaca yang melanda.

Amaran ini tidak terkecuali kepada patung ikonik Kuching, Sarawak yang turut memakai topeng keselamatan yang bertujuan bagi memberi kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan memakai topeng.

Patung ikonik Kuching, Sarawak pakai ‘mask’

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah mengadakan pelbagai alternatif memberi kesedaran kepada penduduk kampung tentang bencana jerebu yang berlaku.

Hal ini termasuklah dalam memakaikan topeng kepada patung kucing yang menjadi kebanggaan penduduk Kuching, Sarawak.

Kucing pun perlu pakai ‘mask’!

Pada mulanya, pihak MBKS hanya memakaikan patung tersebut dengan topeng pembedahan, namun setelah dikritik oleh penduduk kampung bahawa topeng itu tidak memberi sebarang kesan dalam usaha menangani jerebu, mereka telah menukarnya kepada topeng klasik N95.

Pihak MBKS juga telah menggantung bunting pada tangan patung tersebut dengan menasihati penduduk tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan dan tidak patut dilakukan pada musim jerebu.

Usaha yang dilakukan oleh pihak MBKS telah memberi kesedaran kepada ramai pihak terutamanya kepada penduduk awam tentang penjagaan kesihatan ketika musim jerebu. Ini jelas menunjukkan usaha tersebut memberi kesan yang efektif kepada orang ramai.

Penduduk telah disarankan agar sentiasa menjaga pemakanan yang sihat dan minum air yang mencukupi, bagi mengurangkan masalah kesihatan pada musim jerebu.

Sumber: See Hua Daily News

 

Continue Reading
Advertisement

Trending