Connect with us

WOW

‘Baby Shower’ Pasangan Anak Jutawan Naza Group & Berjaya Group Penuh Mewah!

Pernah menarik perhatian rakyat Malaysia sekitar tahun 2018, anak-anak kepada jutawan perniagaan Naza Group dan Berjaya Group telah bersatu sebagai sebuah keluarga dengan telah mengikat tali perkahwinan ada 4 Februari 2018.

Kini, perkembangan terbaharu mengenai pasangan ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan mereka baru-baru ini telah mengadakan majlis baby shower dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Baby shower penuh meriah & mewah!

Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis atau lebih dikenali sebagai Chrys berkongsi sekitar majlis berkenaan yang telah diadakan di sebuah hotel lima bintang yang terkemuka.

Mereka juga mendedahkan bahawa, pasangan ini sangat teruja untuk bergelar ibu bapa kepada seorang bayi perempuan.

 

Dua buah beg berjenama Gucci jadi perhatian

Majlis pasangan ini yang bertemakan warna pastel sudah tentunya menjadi perhatian oleh para pengikut mereka di laman Instagram.

 

Lebih menarik lagi, pasangan ini telah menyedia dua buah beg tangan Gucci berwarna pastel sebagai bekas undian jantina anak mereka buat para tetamu yang hadir.

Chrys yang kini sarat hamil 34 minggu, dijangka bakal melahirkan anak sekitar awal bulan Julai nanti. Turut hadir memeriahkan majlis suami isteri ini ialah ibu bapa kedua pasangan ini iaitu Puan Sri Zaleha Ismail serta Tan Sri Vincent dan Puan Sri Esther Tan.

Continue Reading
Advertisement

Trending