Connect with us

Cute

Bayi Lelaki Lahir Sambil Genggam Alat Pencegah Kehamilan Milik Ibu

Setiap pasangan suami isteri pastinya mempunyai perancangan mereka sendiri untuk menguruskan keluarga kita. Lebih-lebih lagi, disebabkan ekonomi yang meruncing ramai yang dilihat membuat perancangan keluarga agar kewangan mereka boleh diuruskan dengan baik.

Bukanlah mahu menolak rezeki, tetapi ingin memastikan segala persediaan terutamanya aspek kewangan, dapat menampung kehidupan anak yang bakal lahir ke dunia kelak.

Lain pula yang berlaku di Vietnam, apabila seorang bayi lelaki dikatakanya yang baru lahir sambil menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.

Ibu bayi tersebut dikatakan menggunakan kaedah perancangan keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu. Disebabkan sebelum ini dia sudah mempunyai dua orang anak disamping usianya sudah mencecah 34 tahun.

Pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam mendakwa IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.

Beliau jugak tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bayi itu dan kini si kecil itu masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.

Fungsi IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.

Sumber: Sinar Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending