Connect with us

Inspirasi

Ayah Meninggal, Ibu Kahwin Lain, Remaja 17 Tahun Hidup Berdikari Jaga Adik

Seorang remaja bernama Priya Sulistiani yang tinggal di Kabupaten Indramayu, Indonesia harus menjalani kehidupan berdua bersama adiknya setelah ditinggalkan oleh kedua-dua orang tuanya.

Menerusi laporan Tribun News, remaja berusia 17 tahun itu tetap tersenyum dan kuat menghadapi dugaan meskipun rumah yang diduduki sudah roboh.

Malah, adik kecil dikenali sebagai Naufal Naafy Ayyaasy yang lapan tahun itu menangis kerana mengenangkan nasib dia dan kakak tercinta dalam meneruskan kehidupan

Kedua-dua mereka tinggal di rumah pusaka peninggalan datuk dan nenek dimana bapa mereka telah meninggal dunia, manakala si ibu pula sudah berkahwin dengan lelaki lain.

Tambahnya lagi, setiap malam dia akan menangis kerana teringat kenangan bersama Allahyarham bapanya. Kenangan saat mereka bahagia sering bermain di fikirannya.

Advertisement
“Sebab selalunya kan kumpul sekali satu keluarga. Tapi sekarang sudah berbeza,” katanya.

Sejak ditinggalkan oleh ibunya, dia membiasakan diri untuk menjadi seorang kakak yang menggalas tanggungjawab dan tugas harian seorang ‘ibu’ untuk menjaga adik lelakinya itu.

Cinta dan sayang untuk adiknya terlalu besar sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan Naufal gembira dan tidak bersedih.

Sumber: Tribun News

Continue Reading
Advertisement

Trending