Connect with us

Inspirasi

Auntie Cina Terbongkok2 Berjalan Sendirian, Abang Polis Tampil Pakaikan ‘Mask’

Ketika ini, peranan anggota keselamatan dalam membantu memantau pergerakaan rakyat Malaysia sepanjang PKP ini amatlah penting. Hal ini bagi mengelakkan lebih ramai orang ingkar dengan arahan kerajaan dalam menangani Covid-19.

Namun begitu, masih ada yang perlu keluar untuk mendapatkan bekalan makanan demi mengisi perut ahli keluarga. Jadi, hanya seorang sahaja wakil daripada anggota keluarga dibenarkan untuk keluar.

Santuni warga emas tak kira bangsa

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Polis Daerah Ipoh, satu gambar yang meperlihatkan seorang anggota  polis membantu seorang wanita tua berbangsa Cina memakai topeng penutup muka sangat menyentuh hati.

Dalam perkongsian tersebut, Konstabel Mohamad Shahmin Bin Anuar dilihat dengan tenang membantu warga emas memakai topeng penutup muka kerana dia keluar tanpa memakainya.

Perkara macam ni  harus dijadikan contoh

Susulan daripada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan laman Facebook tersebut dengan memuji anggota polis tersebut yang menyantuni warga emas.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada barisan anggota keselamtan yang mmbantu memastikan PKP ini berjalan dengan baik sehingga selesai temoh kuarantin ini.

Terima kasih abang polis

 

Semoga sama2 dipermudahkan urusan

Sumber : Polis Daerah Ipoh

Continue Reading
Advertisement

Trending