Inspirasi
Atok Kena Kuarantin, Gadis Tunjuk Cincin Tunang Di Luar Tingkap

Berita baik pastinya akan dikongsi bersama yang tersayang. Walaupun keadaan tidak mengizinkan namun perkara itu tidak menghalang gadis ini untuk berkongsi kisah bahagia kepada datuknya yang sedang dikuarantin.
Sekeping gambar menunjukkan momen bahagia apabila seorang gadis yang baru sahaja bertunang berkongsi cerita dengan datuknya melalui tingkap di rumah penjagaan orang tua.
Carly Boyd menerima lamaran teman lelakinya pada minggu lalu tetapi disebabkan sekatan Covid-19 di Amerika Syarikat, dia tidak dapat melawat datuknya.
Namun gadis berusia 22 tahun itu nekad untuk berkongsi momen bahagia dengan menunjukkan cincin pertunangan menerusi luar tingkap sambil melihat datuknya yang sedang berbaring di atas katil.
“Saya ingin memberitahu datuk saya kerana dia menghidap demensia dan dia tiada telefon di sana untuk digunakan. Saya cuba sedaya upaya untuk beritahu dia,” kata Carly.
Gambar mereka telah tular di media sosial dan ramai memberi komen serta sokongan dengan mengucapkan tahniah selain mendoakan yang terbaik untuk keluarga tersebut.
“Saya sangat emosi dan sedih. Saya letak tangan di tingkap dan dia lakukan perkara yang sama. Saya beritahu amat menyayanginya dan dia membalas benda yang sama,” ujarnya lagi.
Sumber: Lad Bible

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit