WOW
Atlet Wanita Menang Pingat Emas Acara Taekwondo Walau Sarat Hamil 8 Bulan

Biarpun sedang sarat hamil, keadaan itu sama sekali tidak menghalang atlet wanita Nigeria ini untuk memenangi pingat emas dalam acara taekwondo.
Wanita dikenali sebagai Aminat Idrees itu memenangi kategori ‘mixed poomsae’ dalam Filem Sukan Kebangsaan iaitu kejohanan sukan yang diadakan sebanyak dua tahun sekali di Nigeria.
Ibu hamil menang pingat emas taekwondo
Memetik laporan CNN, dalam rakaman yang tular di Twitter memperlihatkan kelincahan Aminat mempamerkan teknik pertempuran dikenali sebagai ‘poomsae’ dalam seni taekwondo.
….alongside her male counterpart, Arowora Roqeeb.
This is Team Lagos’ first gold at Edo 2020.
She also won Silver in the female team Poomsae category and an individual bronze in the same category making her one of the leading medalists at the festival. pic.twitter.com/j3EiAXSIlF
— National Sports Festival 2020 (@nsf_edo) April 5, 2021
Menurut Aminat, dia berasa gembira akan pencapaiannya di acara yang berlangsung di Edo itu.
“Ini keistimewaan bagi saya. Saya baru saja memutuskan mencubanya selepas berlatih beberapa kali.
“Sebelum hamil, saya selalu melakukan latihan, jadi nampaknya tidak berbeza walaupun mengandung,” katanya.
Penglibatan dikritik dengan komen negatif
Bagaimanapun, ramai yang mengkritik penglibatannya atas sebab kandungannya sudah mencecah usia 8 bulan.
“Ini sangat menjengkelkan berbanding mengagumkan,” tulis salah seorang individu yang mengkritik dirinya.
Membidas pelbagai komen negatif yang diterima, Aminat tampil menjelaskan sukan pertahanan takewondo mempunyai pelbagai teknik boleh dilakukan.
“Ramai orang tidak faham apa sebenarnya taekwondo. Saya merasakan ini jalan untuk mendidik orang mengenai hal ini.
“Taekwondo ada dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae iaitu bentuk latihan yang hanya memaparkan teknik tangan dan kaki di taekwondo. Saya menyertai acara poomsae.
“Saya rasa tidak ada banyak risiko timbul, jadi saya memutuskan untuk mencubanya. Doktor saya dan juga penganjur kejohanan mengesahkan saya layak menyertai sukan tanpa kontak,” katanya kepada CNN.
Sumber: CNN (Nimi Princewill)

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit