Connect with us

Infozon

‘Atan’ Kerbau Kesayangan Hilang Dicuri, Che Tam Nangis Tak Henti2!

Tahun lalu, kanak-kanak perempuan dari Gambang, Pahang Afina Aqila tular seketika kerana sayang dan umpama teman rapat dengan seekor kerbau yang diberi nama Atan.

Hari ini menerusi laporan Harian Metro, tiga kerbau peliharaan keluarga Afina Aqila termasuk Atan dilaporkan hilang dan dipercayai dicuri antara jam 6 petang kelmarin hingga 5 petang semalam.

“Dugaan bulan puasa…”

Perkara ini juga telah dikongsikan oleh Afin Aqila ataupun mesra dengan panggilan Che Tam di Facebook. Bapanya Azman Umar berkata, dia mendapati kerbaunya hilang datang ke kadang untuk memberikan makanan kepada mereka

Malangnya, kesemua kerbau dalam kandang tersebut dilaporkan hilang dan pintu kadang tersebut telah terbuka.

Che Tam menangis teresak-esak!

Sebak dengan berita kehilangan Atan, Che Tam dikatakan berterusan menangis sehingga tertidur sendiri akibat kepenatan menangis pada jam 1 pagi tadi. Che Tam juga telah turun sendiri ke kandang dan memanggil kerbaunya kembali.

Namun, usahanya itu gagal dan menambahkan lagi duka di hati Che Tam kerana bayang kerbanya tidak kelihatan.

Beri ganjaran kepada sesiapa yang menjumpai Atan

Azman Umar menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya mengesan serta mengembalikan tiga kerbau miliknya itu.

“Saya risau jika dia (Che Tam) terus menangis begini selagi Atan belum ditemui, sebab itu saya sanggup tawarkan sagu hati kepada mereka yang ternampak dan pulangkan Atan.” kata Azman Umar kepada Harian Metro.

Sumber: Faecbook, Harian Metro.

Continue Reading
Advertisement

Trending