Connect with us

WOW

Arena Badminton Stadium Perak Turut Dijadikan Pusat Transit Gelandangan

Wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan memperlihat seluruh lapisan masyarakat terjejas dan terbantut pergerakan mereka. Namun, kerajaan juga telah berjanji dan menyediakan pelbagai bantuan serta inisiatif sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Kerajaan juga dilihat giat menjalankan tugas demi memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk Malaysia sepanjang perintah berkenaan dijalankan. Turut tidak lepas tangan, golongan gelandangan juga turut dibantu dan ditempatkan ke pusat-pusat yang telah disediakan khas dan dilihat sangat selesa.

Menurut laporan The Star, kira-kira 49 orang gelandangan telah ditempatkan di pusat transit negeri yang buka khas di Badminton Arena di Jalan Kompleks Sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Sosial Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, gelandangan itu tinggal di pusat itu sejak 18 April 2020.Kesemua 49 gelandangan ini telah diperiksa dan didaftarkan untuk ketahui status kesihatan semasa.

Golongan ini diberikan makanan sebanyak 5 kali sehari serta turut disediakan kemudahan untuk membersihkan diri dan bakal terlibat dalam beberapa program untuk mendidik mengenai COVID-19 dan pentingnya menjaga kebersihan diri.

Malah pada 15 April 2020, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf atas tindak balas yang lewat dalam membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal di negeri ini.

Sumber: The Star.

Continue Reading
Advertisement

Trending