Infozon
Arab Saudi Minta Umat Islam Seluruh Dunia Tangguh Persiapan Haji Tahun Ini

Sepanjang tempoh ‘lockdown’ dilaksanakan, rakyat dan juga orang luar dilarang masuk dan keluar dari negara masing-masing untuk mencegah penularan wabak koronavirus.
Semua penerbangan terpaksa dibatalkan selain pelbagai program yang dirancang sekian lama juga ditundakan termasuk menunaikan umrah dan haji.
Terbaru, Saudi Arabia meminta umat Islam menunggu sehingga mendapat penjelasan terperinci mengenai pandemik Covid-19 sebelum merancang bagi menunaikan haji.
Kebiasaannya, seramai 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia berkumpul di tempat suci Islam di Mekah serta Madinah yang berlangsung selama beberapa minggu.
Kedatangan jemaah dari seluruh dunia merupakan pendapatan bagi negara tersebut. Malah perhimpunan tahunan terbesar umat Islam itu dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai ini.
Namun disebabkan wabak tersebut, ia telah menimbulkan persoalan semua pihak sama ada perlu atau tidak untuk meneruskan perhimpunan dengan risiko yang mampu menyebarkan virus dalam perhimpunan terbesar.
Negara itu dilaporkan sudah mencecah sebanyak 1,563 kes jangkitan dan telah menyebabkan 10 kematian dimana 800,000 orang dijangkiti dan lebih 38,000 kematian di seluruh dunia.
Umrah dan haji merupakan perniagaan besar di Arab Saudi danĀ sumber dalam rancangan meningkatkan bilangan pelancong dibawah agenda Putera Mahkota, Mohammed Salman.
Sumber: The Star

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit