Connect with us

Inspirasi

Api Marak Jadi Teman, Ini Wajah Hero Gadai Nyawa Padam Kebakaran Hutan Indonesia

Kebakaran hutan yang melanda Indonesia sejak kebelakangan ini sememangnya antara yang terburuk pernah dilaporkan. Kesan daripada kebakaran tersebut dapat dirasai sehingga ke negara-negara sekitar berikutan asap jerebu yang berterbangan.

Semua dikerah selesai masalah

Hampir beberapa kawasan di negara-negara berhampiran berada dalam keadaan kelam sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Malaysia juga tidak terkecuali mengalami nasib sama sehinggakan sekolah-sekolah terpaksa ditutup.

Menerusi laporan daripada media Indonesia, Presiden mereka, iaitu Joko Widodo telah mengerah pentadbir-pentadbir tempatan serta pemerintahan pusat untuk berganding bahu mengatasi masalah tersebut.

 

Antara wajah hero tak didendang

Oleh hal yang demikian, satu muat naik di Twitter daripada rakyat Indonesia telah memaparkan hero-hero yang terlibat dalam memadamkan kebakaran yang melanda hutan di negara itu.

Selagi kudrat masih bertahan

Mereka bertungkus- lumus bagi memastikan kebakaran yang berlaku tidak terus merebak sehingga menjejaskan ekosistem tempatan.

Sebelum ini, kebakaran teruk yang menyebabkan jerebu tebal telah menjadikan langit bertukar merah di beberapa kawasan di Indonesia sehingga menggemparkan seluruh penduduk. Semoga hujan yang dilaporkan mulai turun berjaya membantu memadamkan api yang marak itu.

 

Sumber : MazByan     

Continue Reading
Advertisement

Trending