Connect with us

Infozon

Apakah Perbezaan Antara Dato’ dengan Datuk?

Gelaran Datuk dan Dato’ merupakan gelaran yang paling popular sekali di dalam masyarakat. Di Malaysia, terdapat sebanyak 700 sehingga 1,200 penerima anugerah Datuk/Dato’ akan menerima gelaran itu setiap tahun.

Bak kata Sultan Johor, di Malaysia, jika saya menutup mata dan melontar batu, ia mungkin terkena kepala Datuk dan batu yang sama mungkin melantun terkena seorang lagi Datuk, dan jika bernasib baik, ia mungkin juga terkena Tan Sri.

Walau bagaimanapun, disebalik popularitinya, ramai yang tidak dapat membezakan di antara kedua-dua gelaran yang terkenal ini.

Secara umumnya, terdapat dua jenis kategori anugerah iaitu di peringkat persekutuan dan peringkat negeri.

Bagi gelaran Datuk, anugerah ini diberikan pada peringkat persekutuan oleh Yang Di-Pertuan Agong sendiri. Selain itu, penerima anugerah ini adalah terhad kepada 200 orang pemegang pada satu masa. Terdapat dua jenis darjah kebesaran sahaja yang akan membawa gelaran Datuk ini iaitu Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD).

Berbeza dengan Datuk, gelaran Dato’ pula merupakan anugerah yang diberikan pada peringkat negeri. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan seperti Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah, Yang Dipertua Negeri yang dilantik oleh YDPA akan memberikan darjah kebesaraan dan penerima darjah kebesaran ini turut dikenali sebagai Datuk dan bukannya Dato’.

Anugerah darjah kebesaran pula adalah berbeza untuk setiap negeri. Bagi negeri Johor dan Selangor, tiada gelaran Dato’ akan diberikan pada wanita. Penerima darjah kebesaran dari negeri-negeri ini akan dikenali sebagai Datin Paduka.

Meskipun terdapat perbezaan daripada segi ejaan dan juga darjah kebesaran, para penerima gelaran Datuk dan Dato’ ini selalunya dipanggil sebagai Datuk saja dalam mana-mana akhbar bagi memudahkan masyarakat membacanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending