Connect with us

Infozon

Apa Perasan Seorang Ibu Bila Orang Jahil Memanggil Bayi Mereka Sebagai Dajjal?

Media sosial memainkan peranan penting untuk mendapatkan sesuatu maklumat dan menyebarkan informasi kepada semua pengguna platform tersebut. Namun ada segelintir pihak telah menyalahgunakan medium ini bagi menyebarkan berita yang berunsur palsu lagi-lagi yang berkaitan dengan agama.

Seorang pengguna twitter telah berkongsi beberapa keping gambar yang sebelum ini menjadi tular disebabkan oleh “sifat terlalu percaya” oleh pembaca tanpa usul periksa kesahihannya.

#1. Sumpahan anak derhaka

Korang mesti pernah nampak gambar ni kan? Yes, gambar ni rasanya 10 tahun yang dulu agaknya. Dan anda pasti setuju, gambar ni sangat viral sampai mak2 kita print gambar ni dan share kepada rakan mereka. Ini lah gambar yang dikatakan anak derhaka yg disumpah.

Menurut cerita tu, bkn sahaja derhaka tapi dia juga sepak ibu nya yg sedang baca Quran. Walaupun cerita ni dh lama, tapi kalau diviralkan sekali lgi skrg. Pasti generasi baru akn tertipu juga. Sebenarnya ini adalah hoax. Ini adalah anak patung, namanya Leather Landscape.

Menurut pengguna twitter tersebut – Serban Putih, walaupun cerita itu mempunyai pengajaran yang bagus iaitu jangan derhaka kepada ibu-bapa dan menghina Al-Quran, tetapi niat masih tidak menghalalkan cara.

Dan pereka anak patung ini, Patricia Piccinini, berasa marah kerana karyanya dikaitkan cerita rekaan. Ada lagi cerita yang hampir sama iatu disunpah pula jadi ikan. Tapi bile orang check balik, rupanya ia adalah satu jenis ikan namanya “Guitar Fish.”

#2. “Dajjal” sudah dilahirkan

Ini satu benda yang memalukan sekali. Rasa kesal dgn manusia yg boleh gelarkan seorang bayi yang dilahirkan dgn cyclopia sbg Dajjal.

Apa agaknya perasaan ibubapa itu apabila orang yg jahil memanggil bayi mereka sebagai Dajjal? Cuba buka hadis. Baca kitab ttg al fitan, islamic eschatology dan ilmu akhir zaman. Mereka pasti tau Dajjal sudah lama ada sejak zaman Nabi lagi.

Dajjal juga ada dua mata. Cuma mata sebelah nya buta. (Ada ulama kata mata kanan. Ada kata mata kiri). Bukan mcm cyclop. Cuba baca hadis ttg Tamim Ad Dari yang terjumpa Dajjal di sebuah pulau. Itu berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.

#3. Aku Suka Yahudi.

Benci juga orang yang post benda yang kaitan dengan “kalau diterjemahkan ke bahasa Hebrew maksudnya adalah ..” Kaitkan dengan Gangnam Style, Pokémon la. Baru2 ni “cumi cumi cumi” maksudnya adalah yahudi.

#4. Masjid yang dah ditutup azan dengan sendiri.

Agak viral juga video ni. Tapi rupa nya ia adalah azan di sebuah Masjid di Stockholm dan ramai wartawan dtg untuk saksikan.

#5. Gambar makam Rasulullah S.A.W.

Ini pun satu lagi hoax. Kadang org guna maqam Usman Ghazi (atas kanan) dan maqam Mevlana Rumi (bawah kiri) sebagai maqam Rasulullah S.A.W.

Sebenarnya banyak sekali berita2 yang dikaitkan dgn agama antaranya “Neil Amstrong, M Jackson masuk Islam.”, “Syeikh Sudas meninggal dunia”, “Trump nak bakar al Quran di Trump Tower” etc yg diviralkan.

#6. Gambar orang syahid tersenyum.

Kita tak nafikan orang yang syahid boleh melihat Syurga dan rasa nikmat ketika mati lalu mati tersenyum. Tapi tak semua gambar org “syahid” tu Betul.

#8. Ada mayat di atas kubah hijau masjid Nabawi?

Isu ini pernah jadi viral ketika dulu mengenai objek yg menonjol di kubah hijau. Dikatakan, ada lelaki ini cuba panjat kubah tu untuk culik tubuh Nabi ﷺ yg mulia.

Ada versi lain cerita lelaki ini panjat sebab nak hancurkan kubah itu sebab khurafat. Pada akhirnya, lelaki itu disembar petir. Org cuba nk turunkan mayat dia tapi mayat tu lekat (spt tak diizinkan Tuhan). So org terpaksa buat kubur di atas kubah tu. Betul ke? 

#9. Yakjuj dan Makjuj adalah Lava

Kadang pengkaji2 ilmu akhir zaman ni suka keluarkan teori yg pelik2. Mereka lebih gunakan prinsip symbolism kpd nas Quran dan hadis. Tu yg ada seorang pengkaji ni kata Yakjuj dan Makjuj adalah lava berdasarkn maksudnya.

Buat semua pengguna media sosial, anda haruslah berhati-hati sama ada menerima atau menyebarkan sesuatu maklumat kepada semua.

Sumber: Serban Putih

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending