Infozon
Antara sebab kenapa doktor asyik persoal bukti kajian klinikal untuk rawatan?

Mari kita fahami konsep-konsep penting ini:
1. Kajian klinikal
Ujian ini ada 4 fasa dan mengambil masa bertahun-tahun (gambar ilustrasi). Ia bukan sahaja mengkaji bahan aktif ubat yang diuji, tetapi juga faktor-faktor lain seperti dos & kesan sampingan.
Doktor akan membaca kertas kajian, menilai pelbagai aspek termasuk sample size, methodology, inclusion/exclusion kriteria pemilihan pesakit kajian, significance of the results.
Kalau ada “conflict of interest” sesuatu kajian, contohnya pengkaji juga merupakan penjual produk, adalah sukar untuk mengelakkan bias (berat sebelah). Kalau mengkaji produk miliknya sendiri, sudah tentunya sedikit sebanyak ada mempengaruhi kajian. Keuntungan individu tersebut berpotensi terjejas jika keputusan kajian adalah negatif.
2. Etika ahli akademik
Jika ahli akademik membuat kajian bertujuan menjana untung bagi produk sendiri, tentunya sukar untuk hasilkan kajian yang objektif.
Sebab itulah ramai doktor perubatan yang terlibat dalam kajian makmal dan klinikal, tidak berlumba-lumba menggunakan pangkat dan kajian mereka untuk kepentingan sendiri. Ini konsep professionalisma. Duit bisnes bukan motivasi mereka untuk buat kajian. Dengan itu mereka bebas untuk menjalankan dan melaporkan kajian dengan telus.
3. Evidence-based medicine
Perubatan moden diamalkan berdasarkan bukti; bukan setakat air liur atau rujuk kajian atau sijil penghargaan yang tidak berkaitan. Kalau ada satu kajian yang membuktikan keberkesanan & keselamatan rawatan, perlu lihat kajian-kajian lain juga untuk perbandingan.
Rawatan yang dinilai melalui pelbagai proses & kriteria sebelum dimasukkan dalam garis panduan. Ia bukan mengikut SIAPA yang buat kajian, tak kisah ada title Dr, Prof, Dato’, Datuk, Tan Sri atau Lord. Sijil penghargaan sekolah sampai universiti milik individu jual produk pun bukan kriteria. Abaikan.
Kalau tiada kajian klinikal kukuh, tak layak dijadikan rawatan. Kajian atas arnab atau tikus BUKAN bukti kukuh untuk dijadikan rawatan ke atas manusia!
Dunia perubatan sentiasa dikemaskini. Jika ada bukti kukuh rawatan sedia ada mendatangkan lebih banyak mudharat daripada kebaikan, ia akan ditarik balik. Jika ada rawatan lain yang berkesan, ia akan dinilai untuk dimasukkan dalam garis panduan perawatan sesuatu penyakit.
Bagi menjalankan sesuatu penyelidikan sains, penyelidik dan saintis di Malaysia mendapat pembiyaan daripada geran penyelidikan yang ditawarkan oleh universiti tempatan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta badan atau pertubuhan lain.
4. Proses kajian
Proses kajian bermula dengan langkah pertama iaitu IDEA kajian. Contohnya, mengkaji satu bahan yang berpotensi dalam sesuatu rawatan. Penyelidik akan melakukan sorotan kajian (literature review) berkenaan bahan tersebut serta rawatan sedia ada. Seterusnya, penyelidik akan menulis proposal lengkap yang mengandungi hipotesis, objektif, kaedah serta cadangan penyelidikan sebelum memohon geran penyelidikan yang sesuai.
Proposal yang ditulis seringkali tidak menjurus kepada bidang penyelidik berkenaan sahaja, tetapi biasanya melibatkan juga kepakaran penyelidik lain. Oleh itu, penyelidik utama biasanya akan menjemput (secara professional, bukan melalui iklan atau FB) penyelidik lain yang dirasakan bersesuaian untuk terlibat sama dalam projek berkenaan. Contohnya, jika ingin mengkaji kesan sesuatu bahan ke atas pesakit kanser, biasanya gabungan penyelidik bidang perubatan dan kesihatan turut diperlukan. Penyelidik utama yang memberikan IDEA & tulis sendiri PROPOSAL pada peringkat awal; biasanya menjemput penyelidik lain untuk turut serta, BUKAN sebaliknya.
Rumit?
Ya, memang begitulah rumitnya dunia perubatan. Tidak boleh syok sendiri buat kajian dan senang-senang buat tuntutan perubatan.
Itulah tanggungjawab bersama ahli akademik, saintis dan doktor perubatan. Namun ia perlu dijalankan dengan prosedur & garis panduan yang betul demi keselamatan pesakit. Tiada ruang untuk jalan pintas dan mencipta pelbagai alasan.
Bagi yang nak menjual produk, anda yang kata produk berkesan maka tentulah anda yang perlu kemukan bukti klinikal yang kukuh! Tak perlu nak berdolak dalik.
Ini terbalik, kita pulak yang di suruh berkolaborasi dengan produk dia. Pelik dunia sekarang ini.
Untuk masyarakat, pesan kami: lengkapkan lah diri anda dengan ilmu. Sebelum percaya apa-apa produk, mohon bukti KAJIAN FASA 4 ya. Sangat ramai penipu diluar sana! Jauhi mereka.
Hasil nukilan gabungan Pakar Perubatan, Pensyarah & Saintis

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit