Connect with us

WTF

Anjing & Kucing Dicampak Dari Apartment Kerana Bimbang Bawa Koronavirus

Tiada langsung sifat perikemanusiaan! Perkara itu bersesuaianlah dengan keadaan yang berlaku di China apabila terdapat beberapa buah  keluarga telah membaling kucing dan anjing peliharaan mereka jatuh ke bawah apartment sehingga mati.

Takut jadi agen bawaan koronavirus

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh satu akuan Twitter menggunakan nama Augustus Prometheus yang mendakwa pemilik kucing tersebut melempar haiwan-haiwan itu ke bawah kerana khuatir menjadi penyebab wabak koronavirus.

Anjing berlumuran darah

Menerusi laporan daripada The Sun, sekor anjing dengan berlumuran darah telah ditemui di bawah apartment di Bandar Tianjin, Hubei iaitu salah satu kawasan yang teruk dilanda wabak koronavirus.

Dicampak ke bawah

Lima ekor kucing pula telah ditemui mati di Shanghai dengan tujuan yang sama iaitu membunuh mereka untuk mengelakkan menjadi sebab wabak maut itu menular.

Tak ada bukti kukuh kata anjing & kucing bawa wabak

Kekejaman yang dilakukan oleh mereka itu adalah ekoran rasa bimbang yang tinggi terhadap wabak koronavirus sehingga membuat andaian sendiri mengenai penuaran wabak daripada haiwan-haiwab peliharaan mereka.

Justeru itu menerusi sumber,  seorang ahli perubatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kenyataan rasmi mengatakan bahawa haiwan peliharaan boleh menjadi agen pembawaan wabak.

Jadi, tindakan membunuh mereka adalah satu tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Continue Reading
Advertisement

Trending