Connect with us

WOW

Anjing Kembali Semula Dengan Pemiliknya, Setelah 4 Tahun Setia Menunggu Di Tepi Jalan

Siapa kata haiwan tidak mempunyai perasaan? Hanya kerana haiwan tak pandai mengekspresikan perasaan, tidak bermakna  mereka ini tiada rasa sayang dan cinta terhadap pemiliknya sendiri. Jika diperhatikan, haiwan peliharaan kebiasaanya dapat mengenali tuan mereka dengan hanya menghidu dan mendengar suara sahaja.

Di Thailand, seekor anjing dikenali sebagai Leo dikhabarkan telag tinggal dan duduk di tempat yang sama sejak empat tahun lepas. Penduduk sekitar mempercayai bahawa Leo sedang menunggu tuannya menjemputnya pulang ke rumah.

Leo menderita penyakit kulit!

Sebelum ini, Leo pernah berlapar tanpa makan dan minum. Malah, bulu dan kulit Leo dikatakan terkena jangkitan kuman dan menyebabkannya menderita penyakit kulit. Kesiannya!

Nasib ada yang prihatin…

Disebabkan kesian melihat keadaan Leo, Pinnuchawet mengambil keputusan untuk membela dan berikan Leo makan dan minum. Bukan setakat itu, Pinnuchawet juga telah membawa Leo untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh kusta dikulit badanya itu.

Pernah cuba nak bawa balik tapi…

Pinnuchawet menjelaskan bahawa dia pernah cuba untuk membawa pulang Leo ke rumahnya, tetapi Leo tetap lari dan kembali semula ke tempat yang sama. Tiada cara lain yang boleh dilakukan Pinnuchawet. Jadi dia terpaksa memberi makan minum pada Leo ditempat tersebut dan melawatnya setiap hari disitu.

Sebab Leo tular di internet

Cerita mengenai Leo telah tular secara meluas di Thailand. Oleh itu, terdapat sebuah keluarga telah menyatakan bahawa Leo menyerupai anjing milik sepupunya iaitu BonBon, yang hilang empat tahun lepas. Mereka kemudiannya, telah bersetuju untuk berjumpa Leo dengan mata mereka sendiri!

Leo teruja jumpa tuannya!

Sebaik sahaja mereka sampai, Leo terus menuju kearah tuannya Noi, tanpa ragu-ragu. Jelas Noi, mereka kehilangan Leo semasa sedang melawat kenalan mereka disitu. Leo atau nama sebenarnya BonBon telah hilang semasa mereka berhenti di stesen minyak.

Dikhabarkan bahawa Leo ataupun BonBon enggan mengikut Noi pulang kerumah, kerana tidak mahu berpisah dengan penjaganya selama empat tahun iaitu Pinnuchawet. Oleh itu, mereka membuat keputusan supaya BonBon ditinggalkan bawah jagaan Pinnuchawet  manakala Noi akan sentiasa melawatnya.

Sumber: SAYS.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending