Connect with us

WOW

Anjing Garang Tak Berani Gigit Muslim Sedang Solat, Tunduk Lepas Kalimah Syahadah Dibaca

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor anjing cuba menyerang dua orang Muslim, iaitu seorang lelaki dan kanak-kanak, yang sedang menunaikan solat di tepi jalan.

Didakwa, anjing tersebut adalah milik seorang lelaki, yang sengaja dilepaskan dengan tujuan mahu mengganggu dua orang Muslim yang sedang solat itu.

Lepaskan anjing ke arah Muslim sedang solat

Namun, dapat diperhatikan di dalam video tersebut, awalnya anjing itu berlari dengan aggresif, seakan-akan mahu menyerang dua orang Muslim tersebut, sambil diperhatikan pemiliknya.

Tetap teruskan solat dalam ketakutan

Dua orang Muslim tersebut mula kelihatan takut anjing itu mahu menyerang, akan tetapi mereka berdua tetap meneruskan solat sehingga selesai.

Memeranjatkan, ketika di rakaat terakhir semasa dua orang Muslim berkenaan mengucapkan syahadah, anjing garang itu dilihat tenang dan tunduk ke arah mereka.

Tunduk tidak berani nak gigit

Melihat anjing tunduk kepada mereka, salah seorang daripada Muslim itu mengangkat jari telunjuk ke atas mengucapkan syukur kepada Allah.

 

Subhanallah! Sesungguhnya segala yang ada di bumi dan sekalian alam adalah milik Allah.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending