Connect with us

Inspirasi

Lahir 11 Julai, Bayi Perempuan Ini Dapat Biasiswa Daripada 7-Eleven

Setiap orang pasti mempunyai tarikh penting untuk diingati sepanjang hayat terutama tarikh ulang tahun kelahiran.

Keajaiban angka 7 dan 11

Rachel Langford telah melahirkan sorang bayi perempuan yang diberi nama J’Aime Brown yang dilahirkan di St. Louis telah berjaya menarik perhatian seluruh dunia.

Kelahiran J’Aime dianggap satu keajaiban apabila beliau dilahirkan pada 11 Julai, tepat jam 7.11 malam seberat 7 pound dan 11 auns.

Hal ini telah menjadi tular di seluruh dunia sehingga menjadi tumpuan syarikat 7-Eleven sendiri.

“Sewaktu hamil, saya sering melihat jam ketika jarum tepat menunjukkan waktu 7:11” – Rachel

Digelar ‘Bayi 7-Eleven’

Pihak 7-Eleven telah mengambil keputusan untuk memberikan sumbangan khas kepada Rachel sekeluarga.

Walaupun masih lagi bayi, J’Aime telah mendapat tajaan untuk pendidikan kolej sebanyak US$7,111 (RM29261.05).

Gaby Harris, jurucakap daripada pihak 7-Eleven berkata mereka juga turut menyumbang bantuan lain seperti lampin bayi pakai buang, pakaian dan juga lain-lain barangan keperluan bayi.

Rachel tidak menyangka nombor-nombor itu akan mengubah kehidupan mereka sekeluarga. J’Aime juga mempunyai seorang abang yang berusia 6 tahun. Kehidupan mereka empat sekeluarga lebih bermakna sekarang setelah lahirnya J’Aime kerana beliau telah membawa rezeki kepada mereka.

Sumber: People, Newsweek

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending