Connect with us

WOW

Angan2 Terima Kuntuman Bunga, Pakwe Bikin ‘Suprise’ Hadiahkan Mesin Basuh

Setiap pasangan yang bercinta ataupun sudah berkahwin, pastinya mempunyai cara yang tersendiri untuk bahagian insan yang mereka sayang. Jikalau boleh, pemberian dan momen yang diberikan membuatkan pasangan menghargainya hingga ke hujung nyawa.

Kebanyakan pasangan bercinta di luar sana memilih sejambak bunga, telefon bimbit ataupun barang perhiasan untuk dihadiahkan kepada insan tersayang. Tetapi, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Intan Najihah, yang tidak terjangka bakal menerima hadiah unik daripada teman lelakinya sendiri.

“Selalunya orang kasi bunga…”

Intan Najihah berkongsikan pemberian tentang pemberian tidak terjangka oleh teman lelaki lelakinya di Twitter dan sekaligus membuatkan orang ramai turut ternganga dengan hadiah berkenaan.

Teman lelakinya itu telah menghadiahkan gadis berkenaan sebiji mesin basun berjenama Toshiba, yang pastinya bakal digunakan untuk seumur hidup!

“Pakaian sayang pakai tu cuci dengan mesin basuh ni…”

Jenis-jenis hadiah yang sangat berguna!

Orang ramai pula turut memuji pemberian lelaki itu dan mengatakan ia merupakan salah satu langkah yang bijak. Malah, kebanyakan para pengguna Twitter turut mendoakan hubungan mereka ini kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Lelaki ni bijak, baik jaga dia elok-elok…

Mahu juga mesin basuh!

Tahap kemampuan dan kebahagiannya yang dikecapi setiap pasangan adalah berlainan. Paling penting, hargai segala usaha serta pengorbanan pasangan adalah perkara yang lebih bermakna.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending