Infozon
“Andai PKP Tiada, Adakah Kalian Bersedia Solat Subuh Seramai Solat Jumaat?”

Sejak dari awal Perintah Kawalan Pergerakkan, masjid, surau dan rumah ibadat lain telah diminta untuk membuat penutupan kerana bimbang penularan wabak Covid-19.
Namun, sejak Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat dikuatkuasa, beberapa kelonggaran dibenarkan dimana tempat ibadat terutamanya masjid dan surau sudah mulai dibuka untuk jemaah walaupun dalam kuantiti yang terhad serta perlu mengikut SOP yang ditetapkan.
Semua dah sedia ke tu?
Oleh sebab itu, sebuah masjid di Pulau Pinang telah menggunakan laman Facebook rasmi masjid iaitu Masjid Abdullah Fahim dengan mengajak orang ramai kembali mengimarahkan rumah Allah itu.
Apa yang menarik perhatian adalah penggunakan ayat pertanyaan yang sedikit sebanyak membuatkan ramai ‘tersentap’.
Siap sedia semua
Pertanyaan sama ada jemaah masjid akan seramai solat jumaat pada waktu subuh andai kata masjid dibuka selepas perintah kawalan pergerakan oleh pengelola laman facebook itu benar-benar menjentik hati warganet.
Hal ini kerana ramai yang sentiasa bertanyakan perihal pembukaan rumah ibadat itu selepas dimaklumkan untuk tutup bagi mengelakkan sebarang perhimpunan berlaku.
Kena datang dari diri sendiri juga
Susulan daripada itu, ramai warganet yang juga jemaah masjid tersebut dengan yakin bersedia untuk kembali memenuhkan ruangan solat Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas selepas PKP tamat.
Hal ini pastinya menceriakan kerana rumah ibadat tersebut akan kembali dimeriahkan oleh jemaah yang ingin merebut peluang berjemaah bersama selepas hampir 3 bulan tidak dapat melakukan perkara itu.
Semoga seramai solat subuh
Ramai yang sudah sedia
Sumber : Masjid Abdullah Fahim

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit