Connect with us

WTF

Anak Sanggup Nak Penjarakan Ibu, Hanya Sebab Bagi Saudara Pakai Motorsikal

Di Indonesia, hanya kerana sebuah motorsikal seorang lelaki sanggup melaporkan ibu kandungnya kepada polis, sebab sakit hati ibunya bagi saudara lain guna motorsikal tersebut.

Tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut, Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono, menolak laporan yang telah dibuat terhadap ibu berkenaan.

Polis minta anak derhaka minta maaf pada ibu

Pegawai polis tersebut menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang anak, malah dia sanggup membayar harga motorsikal asalkan lelaki itu melutut meminta ampun daripada ibunya.

Jual tanah pusaka RM 60 ribu, bagi mak RM 4 ribu lebih jer

Difahamkan, lelaki menjual tanah warisan ayahnya bernilai Rp 200 juta, kalau ikut matawang Malaysia RM60,217. Tapi dia cuma bagi ibunya Rp 15 juta bersamaan RM4,516.

Si ibu pun gunakan duit untuk beli sebuah motorsikal untuk kegunaan ahli keluarga yang lain. Daripada situlah, lelaki itu menuduh ibunya cuba untuk menyembunyikan motosikal tersebut daripadanya.

Menitis air mata ibu

Di dalam video yang tular itu, dilihat ibu tersebut mengalir air mata melihat anaknya sendiri sanggup mahu menghumbannya ke dalam penjara hanya kerana tuduhannya yang tidak berasas itu.

Menurut ibu itu, hubungan dia dan anak lelakinya itu memang agak dingin. Malah, anaknya pernah mengusir dia keluar daripada rumah.

Apa punya perangai la anak macam itu sudah la dia dah kaut banyak duit hasil jual tanah pusaka, tapi masih juga nak bersikap tamak dengan ibu sendiri. Bermatian-matian ibu melahirkan dia, begitu cara dia balas jasa ibu.

Sumber : Tribun News

Continue Reading
Advertisement

Trending