Connect with us

Infozon

Anak Saman Bapa RM864,000, Meninggal Dunia Sehari Sebelum Masuk Mahkamah

Tidak dinafikan isu harta pusaka merupakan perkara yang agak sensitif dan boleh membawa kepada pergaduhan terutama dalam kalangan ahli keluarga.

Sama seperti kisah ini, siapa sangka seorang wanita sanggup menfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri. Kejadian yang disifatkan tidak berperikemanusiaan itu terjadi di sebuah daerah di Bandung, Indonesia.

Menurut laporan Tribun, Koswara yang berumur 85 tahun telah disaman oleh anak ketiganya dengan jumlah yang agak besar iaitu tiga billion rupiah (RM864,000).

Difahamkan, anak kepada lelaki tersebut bernama Masitoh berkhidmat sebagai peguam telah  mengemukakan saman bersama abangnya terhadap harta bapanya.

Walau bagaimanapun, Masitoh dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum proses perbicaraan berlangsung di Mahkamah Daerah Kes Bandung.

Memetik laporan Kompas pula, arwah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan dikebumikan pada tarikh yang sama ketika perbicaraan kes tersebut.

Koswara hadir ke mahkamah bersama anaknya yang kelima bernama Hamidah dan berita mengenai kematian itu hanya diberitahu selepas persidangan habis dibicara sebelum hadir ke makam bersama-sama.

Selain itu, menurut peguam Masitoh iaitu Komar Sarbini, saman difailkan kerana Hamidah dan Koswara didakwa melanggar undang-undang dan menafikan kontrak perjanjian pewarisan tanah yang seluas 0.3 hektar milik warga emas berkenaan.

Sumber: Regional Kompas & Tribun News

Continue Reading
Advertisement

Trending