Connect with us

Inspirasi

Anak Lena Digendong Atas Motor, Bapa Buat Gojek Cari Rezeki Tengah Malam

Bukan mudah bagi mengekalkan sikap tidak putus asa dalam menjalani kehidupan seharian. Apatah lagi demi membesarkan zuriat tercinta, semangat perlu diteruskan walaupun dalam keadaan penat.

Itu dilakukan oleh seorang bapa di Jakarta, Indonesia yang bekerja dalam perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek.

Sebuah video tular di laman Facebook sehingga mendapat lebih 13,000 perkongsian yang kelihatan lelaki itu turut membawa anaknya ketika membonceng motosikal.

Vidio semangat OjoL luar biase, bawa anak saat bekerja karna sang ibu telah meninggal… Semoga selalu diberikan rejeki berlimpah ya Pak … Tkp di Jakarta

Posted by Ponti Viral ❀ on Friday, October 18, 2019

Lebih menyentuh hati apabila difahamkan isterinya telah meninggal dunia, justeru sumber pendapatan hanya bergantung sepenuhnya kepada lelaki berkenaan.

“Video semangat pembonceng Gojek luar biasa di Jakarta, bawa anak ketika bekerja kerana si ibu telah meninggal dunia.. Semoga selalu diberikan rezeki berlimpah ya pak,” tulis kapsyen posting tersebut.

Menerusi rakaman video berdurasi 35 saat itu, lelaki terbabit menggendong anaknya yang sedang nyenyak tidur pada bahagian hadapan sambil dalam perjalanan menjemput penumpang lain.

Bukan mudah mencari pengganti arwah isteri dan meninggalkan anak bersendirian di rumah. Semoga anak-beranak ini dilindungi dan diberikan rezeki melimpah ruah.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending