Connect with us

Inspirasi

Anak Hidap Sakit Jantung, Bapa Gigih Gendong Naik Bukit Cari ‘Line’ Kelas Online

Baru-baru ini kisah seorang bapa berasal dari Indonesia menggendong anaknya naik turun bukit menjadi tular di serata laman sosial negara jiran itu.

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat turut membawa tangki oksigen untuk digunakan oleh puteri kesayangannya yang menderita masalah jantung.

Rupanya, lelaki yang dikenali sebagai Irmawanto itu berbuat demikian kerana ingin memudahkan anaknya mendapat ‘line’ internet bagi mengikuti kelas ‘online.

Memetik laporan Okezone, hampir setiap hari lelaki berkenaan sanggup menggendong anaknya, Raihana Nurwahid yang sudah berusia cecah 18 tahun.

Kadangkala si ayah dibantu oleh anak lelakinya yang membawa tangki oksigen berat itu.

Menurut Irmawanto, tangki itu wajib dibawa sebagai persediaan anaknya jika diserang sesak nafas secara tiba-tiba.

Biarpun kesihatannya tidak memberangsangkan, halangan tersebut tidak pernah mematahkan semagat Raihana untuk belajar.

Baginya, pelajaran adalah penting malah dia bercita-cita untuk menjadi pelajar terbaik di sekolahnya.

Terdahulu, sejak Raihana didiagnosis menghidap penyakit jantung ibu bapanya terpaksa menjual tanah kebun dan sawah mereka demi membiayai kos perubatan dirinya.

Menurut ibu Raihana jika cita-citanya menjadi pelajar terbaik tercapai, dia mahu menjadi seorang doktor supaya boleh merawat ibu bapa dan ahli keluarganya kelak.

Sumber: Okezone (Nasruddin Rubak)

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending