Connect with us

WTF

Anak Gadis Makin Hilang Rasa Malu, Buat ‘Challange’ Mengarut Lupa Batas Agama

Kebanyakan pengguna internet lebih mudah terpengaruh dan sering terikut-ikut dengan video ataupun challange yang tular di media sosial. Tidak salah untuk mengikuti perkara berkenaan, namun adalah amat memalukan apabila perkara tersebut melampaui batas dan menyalahi hukam dalam agama islam.

Bukanlah niat untuk mengekang sebarang hiburan, namun setiap hiburan mempunyai batasannya yang tersendiri. Lebih mengerikan, perkara-perkara ini juga bakal menjadi ikutan pada generasi muda yang lain.

Tiba-tiba salam orang tak dikenali

Di Twitter, netizen Malaysia kini sedang tertarik dengan sebuah video TikTok ataupun challange yang dibuat oleh segelintir remaja di Indonesia.

Pada awalnya, video berkenaan mungkin nampak normal namun dipenghujung video berkenaan, perbuatan remaja tersebut boleh dikatakan amat memalukan sebagai seorang gadis yang beragama islam.

Video ringkas ini memaparkan seorang gadis sedang menunggu baki daripada penjaga wang di sebuah stesen minyak. Sejurus sahaja baki wang tersebut dihulurkan, gadis berkenaan bertindak memegang tangan juruwang tersebut dan sekali gus salam serta cium tangan lelaki berkenaan.

Sudah tentunya, perkara ini mendapat tentangan terutamanya daripada kalangan rakyat Malaysia ini. Sewajarnya perkara ini tidak seharusnya berlaku dan banyak lagi perkara-perkara berfaedah lain yang boleh ditonjolkan.

Sumber: Twitter.

Henlo!

Continue Reading
Advertisement

Trending