Connect with us

WTF

Anak Calar 10 Buah Kereta Audi, Ibu Bapa Terpaksa Bayar RM41,415 Ganti Rugi

Anak-anak kecil pasti mempunyai kerenah dan perangai mereka yang sendiri. Oleh itu, ibu bapa disarankan supaya tidak mudah lepas tangah dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka, terutamanya berada ditempat-tempat awam ataupun berada di kawasan orang lain.

Satu kisah yang dapat memberi pengajaran kepada kesemua ibu bapa diluar sana, dimana sepasang suami isteri ini terpaksa membayar hampir RM118,331 sebagai ganti rugi. Bayaran tersebut dikenakan disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh anak kecil mereka.

Syarikat tuntut ganti rugi besar!

Kejadian berkenaan telah dipercayai berlaku di daerah Gulin, China pada 10 November yang lalu. Dikatakan hampir 10 buah kereta  Audi Q8 model baru telah dicalarkan oleh kanak-kanak yang berusia 10 tahun berkenaan.

Disebabkan itu, wakil pengedar kereta berkenaan menuntut ganti rugi sebanyak 200,000 yuan (RM118,331) kepada penjaga kanak-kanak itu diatas kerosakan yang dilakukan.

Kereta terpaksa dijual harga lebih murah

Disebabkan kecuaian yang berlaku, syarikat wakil pengedar tersebut terpaksa menjual 10 buah kereta yang terjejas dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaran. Malah, syarikat berkenaan boleh dikenakan tindakan sekiranya pembeli mendapat tahu keretanya itu telah dicat semula.

Setalah perkara ini telah dihadapkan ke mahkamah, kedua-duanya telah bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak  70,000 yuan (RM41,415).

Perkara yang berlaku ini adalah sebagai salah satu peringatan dan pengajaran kepada ibu bapa diluar sana, agar tidak mudah lepas tangan untuk memerhatikan anak mereka, terutamanya ketika berada ditempat-tempat awam.

Sumber: Asia One.

Continue Reading
Advertisement

Trending