Connect with us

WOW

Anak Belajar Online Ketika Pandemik, Bapa Buka ‘Kantin’ Jual Jajan Di Rumah

Baru-baru, perkongsian seorang bapa yang memaparkan anak lelakinya memakai seragam sekolah sambil menghadap laptop telah mencuri perhatian netizen di Indonesia.

Difahamkan lagi, kanak-kanak itu sedang mengikuti kelas online di rumah.

Buka kantin seperti di sekolah

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah dalam beberapa gambar itu, kelihatan pelbagai jenis makanan dan jajan yang tersusun rapi di atas meja.

Rupa-rupanya, itu merupakan ‘kantin’ kecil yang disediakan oleh si bapa, Aprianto buat anaknya sewaktu ‘bersekolah’ di rumah.

https://twitter.com/ApriantoDhany/status/1414787764713754625?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1414787764713754625%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.indozone.id%2Flife%2F1xs5aoj%2Fbelajar-daring-akibat-pandemi-bocah-ini-tetap-jajan-di-kantin-ayah-jadi-penjaga-kantin

Advertisement

Bukan setakat itu sahaja, si bapa turut duduk di meja tersebut untuk menjaganya seperti seorang pekerja kantin!

Apabila ditanya tentang bayaran, Aprianto mengakui anaknya harus membayar makanan tersebut menggunakan duit poket yang diberikan olehnya.

Selain itu, anaknya juga diberi pilihan untuk menghafal surah atau membantu ibunya sebagai bayaran.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian bapa itu. Malah, mereka turut merasakan ia. merupakan satu idea yang bagus.

Mesti anak suka

Idea kreatif

Latih mereka urus duit

Pengalaman sekolah tak ternilai

Sumber: Twitter @ApriantoDhany

Advertisement

 

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending