Connect with us

Cute

Anak Anjing Menggigil Ketakutan Lihat Ibu Disalai Jadi Hidangan Depan Mata , Undang Sebak

Ketakutan dan terseksa. Itulah yang dihadapi dan dirasai anjing-anjing terbiar yang dengan kejam telah ditangkap dan dibunuh, kemudian daging mereka akan dijadikan hidangan untuk santapan para manusia.

Tular sebuah video, dipercayai berlaku di Indonesia yang memaparkan seekor anak anjing sedang menggigil ketakutan, apabila melihat ada anjing lain sedang disalai di depan matanya.

Mak kena bakar depan mata

Lebih menyedihkan lagi, anjing yang sedang disalai itu adalah ibu kepada anak anjing yang sedang ketakutan itu. Patutlah jelas kelihatan riak wajah sayu pada haiwan tersebut.

Menggigil ketakutakan….

Difahamkan, di daerah tersebut memang sudah menjadi satu kebiasaan menangkap anjing dan membakarnya untuk dijadikan makanan dan lauk.

Meskipun anjing itu bukanlah makhluk yang berakal, namun dapat diperhati daripada matanya betapa takut dan sedihnya melihat ibunya dibunuh di depan mata, dan mungkin selepas itu gilirannya pula.

Sumber : Makassar Info

Continue Reading
Advertisement

Trending