Connect with us

Inspirasi

Ambulans Lambat, Bapa Sarung PPE Hantar Sendiri Anak Positif COVID-19 Ke Hospital

Hampir setiap hari, kes harian COVID-19 di seluruh negara semakin meningkat tanpa menunjukkan sebarang tanda penurunan.

Lebih membimbangkan apabila virus berbahaya ini menyerang sesiapa sahaja tidak mengira jantina mahupun umur seseorang, termasuklah golongan kanak-kanak.

Baru-baru ini, kisah seorang bapa di Thailand sanggup menyarung PPE untuk menghantar sendiri anaknya yang disahkan positif COVID-19 ke hospital ini mebuatkan ramai netizen sebak.

Sarung PPE, hantar anak ke hospital naik motor

Menerusi sebuah video yang dikongsi di Twitter oleh @anthraxxxx, kelihatan bapa terbabit menunggu di hadapan rumah  berpakaian PPE lengkap sambil memegang beg berisi barang keperluan anaknya.

Selepas semuanya telah siap, dia dilihat membawa anaknya menaiki motosikal untuk memulakan perjalanan ke hospital.

Difahamkan lagi, si bapa bertindak sedemikian kerana telah lama menunggu ketibaan ambulans yang tidak kunjung tiba.

 

Disebabkan berasa kasihan terhadap anak kecilnya yang sudah tentu kepenatan menunggu kenderaan tersebut, dia bertindak menghantar anaknya sendiri ke hospital dengan menaiki motosikall.

Video call beri kata2 semangat sewaktu anak di hospital

Selain itu, menerusi video lain bapanya dilihat sentiasa memberi semangat kepada anaknya itu ketika berada di hospital melalui ‘video call’.

Dalam video berkenaan, kedua anak-beranak itu dilihat gembira dapat melepaskan rindu antara satu sama lain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak dan terharu melihat seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja sebagai tanda kasih sayang terhadap anaknya.

Hargailah bapa selamanya

Comelnya!

Sedih tengok

Sumber: Twitter @anthraxxxx

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending