Connect with us

Inspirasi

Ambulans Bawa Pesakit Tiba2 Rosak, Imam Bantu Tukar Tayar Tengah Panas

Apabila berada dalam kesulitan, kita pasti mengharap bantuan yang sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dihadapi apatah lagi sekiranya di atas jalan raya dalam situasi mencemaskan!

Terbaru, sebuah ambulans membawa pesakit yang dalam perjalanan ke Hospital Semporna mengalami kerosakan apabila tayar belakang sebelah kiri ambulans itu pecah.

Malangnya, pemandu ambulans tersebut tidak mempunyai peralatan bagi menukar tayar selain hanya mampu menunggu bantuan anggota lain tiba di lokasi.

Tapi mujur ada insan prihatin, Samsukardi Kamare yang tampil membantu ketika dalam perjalanan ke surau di Rimbun Hijau sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Walaupun dalam keadaan panas terik, beliau yang dikenali sebagai Ustaz Ardie itu terus menukar tayar kenderaan tersebut sehingga mengundang komen positif netizen di media sosial.

“Kebetulan saya ada menyimpan peralatan dalam bonet kereta sebelum membantu menukar tayar yang rosak itu,” kata lelaki berusia 30 tahun itu.

Beliau yang mempunyai pengalaman sebagai mekanik lebih sepuluh tahun berkata, hatinya tergerak untuk membantu selepas melihat pengorbanan ‘frontliner’ yang berusaha melawan jangkitan wabak Covid-19.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending