Inspirasi
Alun Selawat Buat Anak Dalam Kandungan, Ramai ‘Cair’ Lihat Gelagat Lelaki Ini

Bagi umat Islam, mengalunkan selawat ataupun ayat suci al-Quran merupakan amalan baik yang boleh dilakukan oleh para ibu atau bapa buat bayi sejak dalam kandungan lagi.
Malah, menurut kata-kata orang tua, jika bayi selalu diperdengarkan dengan benda-benda baik InsyaAllah lahir nanti anak itu akan membesar menjadi seorang anak yang baik.
Begitulah seperti yang dilakukan oleh sepasang suami isteri ini, dimana video ‘sweet’ mereka sewaktu meluangkan masa bersama menjadi tular dan menarik perhatian netizen.
Suara merdu alun selawat buat anak
Dalam video tersebut, jelas kedengaran suara merdu lelaki itu saat mendendangkan selawat badar sambil menempelkan kepalanya dekat pada perut si isteri.
Bagaimanapun, apa yang terjadi selepas itu membuatkan dia sangat teruja. Mana tidaknya, sedang asyik berselawat, tiba-tiba bayi dalam kandungan seolah-olah memberikan refleksi menendang apabila mendengar suara si bapa.
@reymbayang Anak anak mau punya anak. Masya Allah❤️
Semoga dapat lelaki macam ini
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan perbuatan lelaki berkenaan dan berasa cemburu melihat kebahagian mereka berdua.
Dalam pada itu, ada juga yang menyatakaan keinginan mahu berkahwin mereka semakin meluap-luap dan berdoa agar dipertemukan jodoh dengan suami seperti lelaki itu kelak.
Golongan ‘single’ bawa bertenang
Teringin nikah juga
Semoga dijodohkan dengan lelaki begini
Difahamkan lagi, sebelum ini pasangan suami isteri terbabit pernah tular di serata laman sosial kerana mengambil keputusan untuk bernikah hanya selepas dua kali bertemu (taaruf).
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya lelaki itu merupakan seorang penyanyi berasal dari Indonesia. Patutlah suaranya cukup merdu! Bertuah betul si isteri.
Sumber: TikTok @reymbayang

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit