WOW
“Alhamdulillah, Sis Selamat Nikah ‘Online’ Pukul 12 Tadi” -Pengantin Baru

Sebelum ini, dimaklumkan bahawa semua majlis akad nikah dalam tempoh PKP ditangguhkan selepas beberapa kes dilaporkan bahawa lima jurunikah terpaksa dikuarantin kerana dikesan ada kontak dengan individu positif COVID-19 sewaktu bertugas.
Kini diumumkan, pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan boleh membuat demikian dengan menerusi sidang video secara atas talian. Selangor antara negara yang melaksanakan sistem nikah online selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk JAIS memberikan kelulusan khas kepada pasangan yang tetap ingin bernikah dalam tempoh PKP ini.
“Terima kasih JAIS, memudahkan urusan kami…”
Di Twitter, seorang gadis berkongsikan kegembiraannya kerana telah selamat melangsungkan nikah atas talian hari ini. Malah, dia juga dilihat mengucapkan rasa syukur disebabkan pihak JAIS mempermudahkan urusan mereka sekeluarga.
Malah, dua keping gambar turut dimuat naik oleh gadis ini sebagai bukti dirinya melaksanakan nikah online di rumah.
Ramai turut ucapkan tahniah!
Ruangan komen pula dilihat dipenuhi dengan ucapan tahniah kerana selamat melangsungkan pernikahan walaupun tanpa majlis yang sempurna seperti kebiasaan.
Semoga bahagia ke syurga
Tahniah sis!
Sumber: Twitter.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit