Connect with us

Inspirasi

Alas Tapak Tangan Dengan Selipar, Pakcik Merangkak Jual Mainan

Kekurangan fizikal pada bahagian kaki tidak menghalang beliau dalam mencari pendapatan bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan di atas muka bumi ini.

Pak Setu yang berasal dari daerah Surakarta di Jawa Tengah tidak mengenal erti penat atau menyerah kalah, sebaliknya melakukan jualan walaupun ‘berjalan’ menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya.

Warga emas berusia 50 tahun itu mempunyai semangat kecekalan dengan merangkak di tepi jalanan beserta telapak tangan yang beralaskan selipar.

Manakala segumpulan bola mainan yang ingin dijual terus dipikul dan diletakkan pada bahagian belakang badannya.

Walaupun keadaan fizikal tidak sempurna seperti insan lain, Pak Setu tidak meraih simpati orang ramai dengan meminta-minta malah nekad mencari rezeki menggunakan sepenuh tenaganya.

Ternyata semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh beliau amat dikagumi orang sekeliling. Semoga Pak Setu terus diberi kekuatan dan murah rezeki dalam kehidupan.

Sumber : Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending