Connect with us

Inspirasi

Alami kecacatan mental, lelaki ini mampu hafal Al-Quran dengan hanya mendengar

Allah telah mengurniakan hamba-Nya dengan pelbagai nikmat di dunia ini, tetapi masih juga kita tidak bersyukur kerana mengharapkan lebih banyak lagi dan sering lalai menuruti perintah-Nya.

Untuk membuat kita berasa lebih dekat kepada Allah, ini ada satu kisah mengenai seorang lelaki bernama Mohammad Abdullah Al Qarni yang menghafal Al-Quran walaupun mengalami kecacatan mental.

Hanya dengar dan hafal

Disebabkan kekurangannya, Abdullah tidak pernah pergi ke sekolah dan hanya menghabiskan sisa hidupnya di atas katil Hospital. Dia tidak boleh menulis mahupun membaca dan hanya menghafal Al-Quran dengan hanya mendengar.

Sentiasa kuat teruskan hidup

Menurut abangnya, Abdullah yang merupakan anak yatim piatu kini mengalami masalah patah tulang pinggul dan juga saluran air kencing menyukarkan lagi pergerakannya dan hanya mampu terbaring.

Namun, meskipun dengan segala kekurangan yang ada, Abdullah tidak pernah putus semangat dan sentiasa berjuang untuk hidup tanpa mengeluh, sedangkan kita sentiasa alpa dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Sumber : Muslim Feed

Continue Reading
Advertisement

Trending