Connect with us

Cute

Akhirnya Selepas 10 Tahun, Dua Panda Gergasi Mengawan Buat Kali Pertama

Penjaga zoo di Hong Kong sangat teruja apabila dua panda gergasi berjaya mengawan yang merupakan kali pertama bagi Ying Ying dan Le Le selepas sepuluh tahun.

Menurut Pengarah Eksekutif Operasi & Pemulihan Zoologi Ocean Park, Michael Boos mengatakan sejak kedatangan kedua panda tersebut pada tahun 2007 dan cuba untuk mengawan pada 2010 namun haiwan tersebut gagal.

“Kejayaan dalam proses mengawan itu merupakan satu perkara yang gembira bagi kami kerana peluang untuk panda betina bunting sangat tinggi.

“Jika berjaya, tanda-tanda bahawa ia bunting adalah termasuk perubahan hormon dan tingkah laku. Kami berharap akan mendapat berita tentang kehamilannya pada tahun ini dan dapat membantu pemuliharaan spesies haiwan tersebut,” ujarnya.

Penjaga zoo mendapat firasat bahawa perkara ini akan berlaku setelah melihat beberapa tanda seperti Le Le meninggalkan bau dan Ying Ying meluangkan lebih masa bermain di dalam air.

Ocean Park telah ditutup untuk beberapa minggu. Kejayaan ini mungkin disebabkan kekurangan pelancong datang dan melawat mereka ketika mereka sedang cuba untuk melakukan hubungan intim.

Tempoh kehamilan bagi seekor panda bermula dari 72 hingga 324 hari. Pekerja zoo akan mengetahui tentang kehamilan tersebut ketika 14 hingga 17 hari sebelum proses melahirkan.

Penjaga zoo akan tetap mengawasi panda betina berkenaan dan mereka berharap dapat melihat kedatangan anak panda pada bulan yang akan datang.

Sumber: LAD BibleĀ 

Continue Reading
Advertisement

Trending