Connect with us

Inspirasi

Akak Delivery Sebak, Pelanggan Minta Buat Kejutan Untuk Ibu Ayah ‘Istimewa’

Membuat perkhidmatan penghantaran hadiah atau pun cenderahati buat insan tersayang atas permintaan pelanggan merupakan satu sumber pendapatan yang sangat popular ketika ini.

Perkhidmatan tersebut pastinya memudahkan urusan sesiapa sahaja yang bercadang ingin membuat kejutan kepada insan istimewa tanpa perlu datang sendiri bertemu mereka.

Kejutan paling bermakna

Oleh itu, seorang usahawan muda yang juga pengguna Facebook telah berkongsi momen sweet pasangan suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan menerima kejutan daripada anak mereka.

Video tersebut menunjukkan betapa mereka gembira dengan pemberian anak mereka yang turut menyertakan sekali ucapan buat ibu dan ayahnya.

Ucapan anak buat ibu ayah tersayang

Siti Sarah yang mengusahakan perniagaan ‘delivery surprise’ ini turut sebak apabila membacakan ucapan anak pasangan itu yang begitu mengharukan.

Walaupun kejutan itu merupakan sesuatu yang begitu menggembirakan, terbit rasa sayu apabila anaknya yang bertugas sebagai jururawat terlihat begitu menghargai pegorbanan ibu dan ayah menerusi bait-bait ucapan yang tulis.

Mak abah yang terbaik didunia

Perkogsian tersebut turut mendapat respon daripada warganet yang rata-rata turut sebak dengan video yang dikongsi. Mereka juga mengakui terharu dengan penghargaan yang dibuat oleh anak pasangan ini.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu ucapan balas ibu dan ayah pelanggan Siti Sarah yang turut mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar anak mereka terus diberi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kepada KAKAK, anda insan bertuah

Kalau kami, baca separuh dah menangis

Sumber : Siti Sarah

Continue Reading
Advertisement

Trending