Connect with us

WOW

Akad Nikah Musim Covid-19, Pengantin Jabat Tangan Dengan Tok Kadi Guna Tali

Musim wabak covid-19 ini, semua perhimpunan atau majlis ceramah dan pernikahan terpaksa dibatalkan atau ditunda untuk mencegah penularan virus tersebut.

Namun perkara itu masih tidak menghalang pasangan dari Indonesia, M Ifan Saifudin dan Mifthaul Firdaus yang nekad untuk bernikah di sebuah wilayah di Jawa Timur.

Bagi melangsungkan majlis pernikahan, pasangan dan tetamu diwajibkan untuk memakai topeng muka dan pencuci tangan serta duduk dengan jarak yang telah ditetapkan.

Majlis ini menjadi unik apabila pengantin lelaki tidak berjabat tangan dengan tok kadi sebaliknya menggunakan benang putih sepanjang 60 sentimeter sebagai ganti.

Ketua hal ehwal agama wilayah tersebut, Hasanuddin mengatakan pelbagai perkara tidak boleh dilakukan berikutan situasi bahaya yang berlaku ketika ini.

“Majlis boleh dijalankan namun mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan memakai topeng muka, pencuci tangan dan menjaga jarak,” ujarnya.

Sumber: Jawa Pos

Continue Reading
Advertisement

Trending