Connect with us

Buzz

Aiskrim Hermes China Tak Cair Pada Suhu 31 Darjah Atau Dibakar, Netizen Persoal Bahan Yang Diguna

CikKoin

Diterbitkan

pada

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang netizen membuat eksperimen terhadap sebuah jenama aiskrim paling mahal di China iaitu Zhong Xue Gao dengan membakar sebahagian pencuci mulut itu menggunakan pemetik api.

Apa yang lebih menghairankan, aiskrim perisa kelapa baysalt itu mengeluarkan asap serta berbau hangit selepas api menyentuh permukaan produk tersebut.

Bahkan, pencuci mulut yang juga dikenali sebagai aiskrim hermes itu tidak mencair pada suhu 31 darjah selepas lebih 50 minit dibiarkan, malah ia masih dalam keadaan pejal dan tidak mencair seperti aiskrim biasa.

Perkara itu telah mencetuskan kerisauan dan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai kandungan yang digunakan dalam produk itu.

Difahamkan, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan melakukan siasatan terhadap produk tersebut selepas video itu tular di media sosial dan telah ditonton lebih 500 juta kali di aplikasi Weibo.

Pada hari Rabu lalu, Zhong Xue Gao telah mengeluarkan satu kenyataan di mana semua produknya menepati standard serta. piawaian kualiti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negara China.

“Komponen utama aiskrim berperisa kelapa baysalt ialah susu, krim tunggal, pulpa kelapa, susu pekat dan susu tepung. 40 peratus daripada aiskrim ini adalah bahan pepejal,” dakwa syarikat itu.

Jelasnya lagi, bahan ekstrak rumpai laut iaitu karagenan telah ditambah sebanyak 0.032 gram dalam produk aiskrim seberat 78 gram dan ia memenuhi dan mengikut undang-undang China.

Walaupun aiskrim Zhong Xue Gao yang terletak di Shanghai itu dijual pada harga kira-kira 20 yuan (RM13.21) untuk setiap bar, pencuci mulut tersebut sangat popular dan sering mendapat sambutan di bandar-bandar utama.

Penularan dua buah video itu telah memburukkan lagi keadaan dimana netizen turut tidak berpuas hati terhadap kenaikan harga aiskrim di pasaran pada musim panas sehingga sukar untuk mencari aiskrim yang dijual pada harga bawah 10 yuan.

Sumber: South China Morning Post

Facebook Comments

Sambung Baca
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending