Connect with us

Detik

Adik Menangis Teresak2, Abang Umur 10 Tahun Ditahan Baling Batu Pada Polis Israel

Biarpun gencatan senjata telah diumumkan antara Palestin dan Israel, kekejaman rejim zionis bagai tiada titk noktah dan mereka masih bertindak zalim terhadap rakyat Palestin sehingga kini.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis apabila abangnya yang berumur 10 tahun ditahan oleh pihak polis Israel atas alasan yang agak remeh.

Budak 10 tahun ditahan pihak polis Israel

Menerusi video pendek yang dikongsi oleh saudara @JatIkhwan di Twitter itu, kelihatan kanak-kanak itu menangis sambil merayu kepada pihak polis agar melepaskan abangnya.

Manakala, abangnya pula dilihat sudah ditangkap dan berada dalam kereta polis.

Kesalahan ‘baling batu’ pada anggota polis Israel

Menurut saudara @JatIkhwan, kanak-kanak lelaki itu ditahan kerana membaling batu kepada polis Israel, lapor media Palestin.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi marah terhadap tindakan pihak polis Israel yang disifatkan sebagai pengecut.

Budak baling batu pun ditangkap?

Entah2 dia tuduh budak tu

Polis Israel koyak

Penakut sangat

Baling batu je pun

Untuk rekod, parlimen Israel pada 20 Julai 2015 lalu meluluskan undang-undang bagi mengenakan hukuman penalti lebih keras sehingga penjara 20 tahun terhadap orang Palestin yang didapati membaling batu ke arah kenderaan Israel.

Langkah drastik itu, nyata bersifat perkauman dan berlebihan untuk membalas dendam ke atas rakyat Palestin.

Sumber: Twitter @JatIkhwan

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending