Infozon
Adam’s Peak di Sri Lanka, Tempat Di Mana Nabi Adam Diturunkan Dari Syurga?

Puncak Adam, berketinggian 2,243 meter (7,359 kaki) dan terletak di tengah-tengah pulau Sri Lanka. Ia juga turut dikenali sebagai Sri Pada “tapak kaki suci”, dimana ia merujuk kepada kewujudan sebuah batu yang mempunyai lekuk seperti kesan tapak kaki sepanjang 1.8 meter diatas puncak gunung.
Dengan tapak kaki sepanjang 1.8 meter, dikatakan tinggi yang dimiliki oleh pemiliknya mampu mencapai sehingga 13 meter!
Dalam fahaman penganut Buddha, kesan tapak kaki itu dianggap sebagai tapak kaki Buddha, manakala dalam tradisi Hindu ia dianggap sebagai kesan tapak kaki dewa Shiva dan bagi penganut Muslim, serta sesetengah penganut Yahudi dan Kristian ia dianggap sebagai kesan tapak kaki Nabi Adam a.s. ketika mula-mula baginda diturunkan ke bumi atas perintah Allah.
4 versi cerita berbeza
- Hindu, nama gunung tersebut Sivan Adi Padham, itu nama tarian indah dari Dewa Siwa yang meninggalkan jejak kaki raksasa (panjang 1.73 meter , lebar 0.79 meter).
- Buddha, jejak itu ditinggalkan oleh Sang Buddha saat kedatangan ketiga yang menjadi legenda dan terakhir kali ke Sri Lanka. Jejak sebenarnya terpatri pada sebuah batu safir yang lebih besar dibawah tanda jejak yang ada saat ini.
- Kristian, ketika Kristian Portugis datang ke pulau ini di abad ke-16 mereka meyakini kesan tersebut sebagai tapak kaki Saint Thomas, yang menurut legenda adalah orang pertama yang membawa agama Kristian masuk ke Sri Lanka.
- Islam, itu adalah jejak Nabi Adam (AS) di mana ia berdiri dengan satu kaki selama seribu tahun untuk penebusan dosa . Ketika Nabi Adam (AS) diusir dari syurga, Allah SWT menempatkan dia di puncak gunung untuk mengurangkan rasa terkejutnya akan dunia (bumi) . Puncak ini menjadi tempat di bumi yang paling mirip seperti syurga.
Kebenarannya? Wallahualam.
Geografi
Gunung ini terletak di bahagian selatan bagi kawasan Pergunungan Tengah Sri Lanka, dalam daerah Ratnapura, Provinsi Sabaragamuwa – kira-kira 40 km timur laut bandar Ratnapura.
Keseluruhan persekitaran kawasan ini merupakan hutan tebal berbukit, dengan tiada gunung yang mempunyai saiz yang agak sama. Kawasan / wilayah di sekekeliling gunung merupakan kawasan habitat simpanan bagi hidupan liar diantaranya gajah, harimau bintang dan beberapa species endemik yang lain.
Gunung ini telah menjadi tempat penghijrahan yang penting, khususnya buat penganut agama Hindu dan Buddha. Para penghijrah akan mendaki gunung secara berjalan kaki, diikuti pelbagai jalan yang memerlukan ribuan pijakan tapak. Perjalanan ke puncak memakan berjam-jam lamanya. Puncak musim penghijrahan biasanya adalah pada bulan April, dan dakian yang menyeronokkan apabila dapat sampai ke puncak tatkala matahari mula menyinsing naik.
Mendaki pada waktu malam juga adalah pengalaman yang cukup menarik, dengan terdapatnya pancaran cahaya dari lampu-lampu yang diletakkan di sepanjang tangga yang menuju ke puncak gunung. Terdapat banyak tempat rehat di sepanjang laluan dakian bagi memudahkan para pendaki berehat seketika dan mendapatkan rawatan ringan.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit