Infozon
Adakan Majlis Hari Jadi Anak, Ibu Sedih Semua Tetamu Dijemput Tak Hadir

Siapa yang tak sedih apabila majlis yang kita anjurkan tidak dihadiri oleh tetamu yang telah diundang sebelum ini.
Lebih-lebih lagi jika majlis tersebut merupakan sambutan hari lahir anak yang dibuat dengan penuh keterujaan.
Hari jadi hambar tiada yang hadir
Hal tersebut dirasai sendiri oleh seorang ibu yang memuat naik momen yang begitu menyedihkan di aplikasi TikTok dengan meluahkan rasa kesal selepas segala persediaan seperti makanan dan tempat sudah tersedia.
@dawners86 heart broken. #heartbroken #sosad #hurt #wow #lonely #poorguy #sadboy #birthday #happybirthday #omg #cry
Anak bermain sendiri sebab tiada yang datang
Menurut pengguna TikTok menggunakan nama akaun @dawners86 itu, dia telah pun mengundang 22 orang rakan anaknya untuk turut serta dalam sambutan hari lahir kanak-kanak tersebut. Namun, setelah setengah jam menunggu dan majlis juga sepatutnya sudah mula, tiada seorang pun yang datang.
Lebih membuatkan ramai berasa sebak apabila anaknya yang mahu dikenali sebagai JJ hanya bermain seorang diri di taman permainan kerana tiada rakan-rakan yang hadir.
@dawners86 #stitch with @dawners86 im shaking, im sorry. thank you so much. #blessed #family #thankyou #birthday #happybirthday #wow #showedup #loveyou
Hubungi rakan2 dan ahli keluarga
@dawners86 memaklumkan yang dia sengaja memilih taman permainan sebagai lokasi untuk menyambut hari lahir anaknya kerana sekatan Covid-19 di kawasan tersebut sudah dilonggar. Jadi, ia bukan alasan untuk tidak datang ke majlis berkenaan.
Disebabkan tiada siapa yang datang, dia mengambil keputusan untuk menghubungi rakan dan ahli keluarganya untuk sama-sama meraikan ulang tahun JJ. Tak lama selepas itu dua buah keluarga hadir dan masing-masing meraikan hari istimewa anak kepada @dawner86 di taman permainan tersebut.
@dawners86 Reply to @hales1320 #blessed #birthday #replytocomments #helpothers #childrenshospital #donate
Perkongsian yang begitu menyentuh hati itu telah membuatkan warganet turut berasa hiba. Masing-masing bertanyakan perihal alamat rumah dan ingin menghantar hadiah hari jadi buat JJ bagi menggembirakan hati kanak-kanak berkenaan.
Sumber: TikTok @dawners86

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit