Connect with us

Infozon

Ada Kontak Rapat Dengan Menteri Agama, Kanak2 8 Tahun Diminta Buat Saringan Covid-19

Tidak lama selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri disahkan dijangkiti wabak Covid-19 semalam, tular sekeping gambar menunjukkan beliau berkontak rapat dengan seorang kanak-kanak perempuan.

Gambar tersebut memaparkan kanak-kanak tersebut sempat berbual dengan Dr Zulkifli tanpa memakai pelitup muka ketika Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan 1442/2020 baru-baru ini.

Diminta buat saringan

Menurut laporan Sinar Harian, sehubungan itu keluarga kanak-kanak yang dikenali sebagai Maryam Solehah Noor Hisham itu telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Senawang untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

Namun, perkara tersebut sebenarnya telah dapat dijangka oleh ibu dan bapa kanak-kanak berusia lapan tahun itu apabila mereka melihat posting Maryam bersama Dr Zulkifli dalam Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

“Saya dan isteri sudah bersedia sebenarnya bila kami tengok di Facebook Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) ada gambar Maryam bercakap dengan Datuk Zulkifli.
“Petang semalam lebih kurang jam 3.45 petang, saya dihubungi Pejabat Kesihatan minta bawa Maryam buat saringan dan kami akur dengan arahan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Tidak menunjukkan sebarang simptom

Tambahnya lagi, sehingga kini keadaan kesihatan Maryam dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Namun, mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga keputusan saringan Maryam diperoleh.

“Saya tunggulah arahan seterusnya. Buat masa ini saya dan isteri diberi kebenaran oleh pentadbiran sekolah untuk bekerja dari rumah. Anak-anak pun saya tidak hantar ke sekolah termasuk Maryam melainkan anak sulung saya yang kini berada di asrama,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Continue Reading
Advertisement

Trending